Soalan Lazim Bom Ikan

 
malaysia-off.png

Di manakah Pengeboman Ikan berlaku?

Pengeboman ikan berlaku di banyakkan kawasan terumbu batu karang di seluruh dunia. Ini adalah masalah yang teruk dan meluas di Asia Tenggara, Afrika Timur dan Amerika Tengah. 

SFB kini memberi tumpuan kepada Sabah, Malaysia dengan ujian dan pemantauan di Taman Pulau Sipadan, Taman Tunku Abdul Rahman, dan Taman Marin Tun Sakaran. 

Peta ini menunjukkan salah satu kawasan kerosakan yang paling tertumpu di kawasan Coral Triangle di Asia Tenggara. Perhatikan bahawa bahagian Utara Borneo berada di kawasan yang sangat teruk, dan di sinilah  ShotSpotter dan SFB melakukan ujian. Kawasan ini didiami kampung-kampung kecil yang telah diancam oleh pengebom haram. Dalam sesetengah kes, mereka digunakan sebagai buruh untuk mengumpul ikan yang dibom, sementara di lain tempat pengebom akan merampas apa sahaja yang mereka perlu.

BF 1.png

Mengapa pengeboman ikan sangat memusnahkan?

Apabila nelayan menggunakan bom untuk menangkap ikan mereka bukan sahaja membunuh ikan yang mereka cuba untuk menuai tetapi membunuh spesies lain hidupan laut yang lain, generasi muda ikan, dan mengurangkan / melambatkan pertumbuhan batu karang. Kemusnahan batu karang mengambil masa yang sangat lama untuk tumbuh semula dan ini akan menjadi runtuhan batu batu karang yang mati.

Apakah jenis bom yang di gunakan?

Ia bergantung kepada setiap kawasan, sebilangan nelayan menggunakan bom tangan atau alat letupan bekas peperangan. Sementara yang lain membuat bahan letupan sendiri dari baja dan bahan bahan sedia ada.

Adakah Pengeboman Ikan Berbahaya Untuk Nelayan?

Ya, ia sangat berbahaya. Ramai pengebom ikan telah mengalami kecederaan yang mengerikan, bahkan ada yang terbunuh dalam kemalangan letupan, sekaligus memudaratkan keluarga mereka.

Mengapakah nelayan menggunakan bom ikan walaupun merbahaya?

Di Kawasan batu karang yang masih prestin, dan populasi ikan yang sihat, dengan menggunakan sebiji bom, boleh menghasilkan pendapatan ikan yang mencukupi untuk menyara beberapa keluarga.  Tidak seperti pukat atau jala, dan tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil.

Apakah yang dilakukan nelayan apabila terumbu tempatan mereka musnah?

 Nelayan tempatan ini akan bergerak lebih jauh menggunakan bot kecil demi mencari kawasan batu karang yang lebih sihat dan kehidupan ikan yang lebih banyak. Jelas sekali, apabila nelayan terpaksa menghabiskan masa dan wang- oleh itu pulangan mereka berkurangan. Ini menyebabkan kehidupan mereka terhimpit dan kemiskinan melanda.

Hasil tangkapan ikan akan di makan juga, mengapakah tidak gunakan bom?

Pengeboman ikan adalah kaedah penangkapan ikan yang sangat membazir, merosakkan, dan tidak lestari. Biasanya, lebih daripada separuh ikan ynag terbunuh dari satu bom tidak dapat di ambil oleh nelayan. Letupan juga membunuh ikan muda secara rambang yang belum mencapai kematangan, serta banyak spesis haiwan laut lain yang biasanya terlibat, seperti penyu. Lebih buruk lagi, letupan di dasar laut juga memusnahkan terumbu karang, mengurangkan karang-karang keras hingga berlakunya runtuhan yang tidak bermaya. Terumbu karang adalah habitat dan sumber makanan penting di mana ikan ikan dan kehidupan marin bergantung sepenuhnya dan tanpa mereka, akibatnya keadaan akan menjadi teruk.

Adakah pengeboman ikan haram?

Ya, pengeboman ikan adalah haram di kebanyakkan negara di seluruh dunia, tetapi undang-undang mengenai amalan penangkapan ikan bom ini sering tidak dilaksanakan sepenuhnya, dan sukar untuk diterapkan di kawasan terpencil. Bunyi dari bom ikan terperangkap di bawah air, menjadikannya sangat sukar untuk dikesan dari permukaan. Sekiranya nelayan ditangkap, mereka boleh dengan cepat membuang apa-apa bukti pengeboman ikan di laut, dan oleh itu, sabitan sangat sukar dibuktikan. Risiko denda atau penjara sangat rendah sehingga nelayan bersedia untuk meneruskan kegiatan mereka.

Bagaimana Kami Boleh Membantu Menghentikan Pengeboman Ikan?

Kami telah membuktikan teknologi yang dapat mengenal pasti bom ikan yang berlaku dan memberikan bukti kukuh untuk disabitkan. Bekerjasama dengan kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang, kami dapat meningkatkan kecekapan operasi , aktiviti penguatkuasaan dan proses undang-undang.

Anda boleh membantu dengan menderma ke SFB USA atau dengan klik laman Facebook.

Dengan Pelbagai Masalah Lain Di Negara-negara Dimana Pengeboman Ikan Telah Dipraktikkan, Adakah pihak atasan harus memberi keutamaan dan perhatian?

Terumbu karang Asia Tenggara kini menyediakan sumber makanan untuk lebih dari setengah bilion orang, menyediakan perlindungan pantai semulajadi, dan menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun. Anggaran meletakkan nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh terumbu karang di seluruh dunia antara USD $ 172-375 bilion setiap tahun.

Malangnya, masyarakat tidak menyedari akan impak dan kemusnahan akibat pengeboman ikan dan amalan penangkapan ikan yang haram menyebabkan kerosakan berlanjutan. SFB MALAYSIA percaya tindakan pengesanan pengeboman ikan sangat relevan untuk melindungi masa depan jutaan masyarakat.